Abstract
This study aims to identify the effect of Relevance and Conformity on Acceptance of the T3P Module (Technology, Pedagogy, Psychology, Assessment). This study is in a descriptive form using the review method. The population of this study is the National Middle School (SMK) teachers in the North Zone. As many as 60 teachers were selected as the study sample using the purposive sampling. The T3P module and search questions are used as study instruments. The research question is adapted from independent studies and literature reviews. The results of the pilot study showed a high Cronbach Alpha value (0.90). The collected data were analyzed using descriptive statistics and regression. The study results show that the Relevance and Conformity variables have a significant effect on the Acceptance of the T3P Module. The result of the study implies that the modules for Teacher Professionalism Development based on Lifelong Learning need to be reproduced to increase the potential and self-competence of teachers and strengthen the quality of state education.
Introduction
Pembangunan profesionalisme guru merupakan aspek penting yang sentiasa diberi perhatian oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan institusi pendidikan. Proses pembangunan profesionalisme yang berterusan dalam kalangan guru amat diperlukan bagi meningkatkan mutu pendidikan negara Dalam konteks pendidikan di Malaysia, proses pembangunan profesionalisme guru yang memberi pendedahan kepada pengetahuan dan kemahiran baru perlu melibatkan guru yang baru mula bertugas dan juga guru-guru yang telah lama mengajar.
“Satu daripada inisiatif utama dalam PPPM 2013-2025 untuk meningkatkan kualiti pendidikan ialah mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berpegang kepada prinsip memastikan “guru berkualiti dan kekal berkualiti” dalam sistem pendidikan negara. Bagi mencapai hasrat ini, Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) telah disediakan dengan matlamat meningkatkan kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) mengikut peranan di setiap peringkat kerjaya mereka.”
Sumber: Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (2016)
Justeru, untuk menjadikan program pembangunan profesionalisme perguruan ini mantap dan menyeluruh adalah dicadangkan dan seharusnya melibatkan guru-guru baru dan guru-guru yang sudah lama berkhidmat [1]. Pembelajaran Sepanjang Hayat membantu dalam memajukan diri kerana Pembelajaran Sepanjang Hayat merupakan pembangunan potensi manusia melalui proses pembelajaran berterusan yang memotivasi dan mengupayakan individu untuk menguasai ilmu dan menghayati nilai murni yang diperlukan sepanjang hayat.
Penyataan Masalah Kajian
Bagi meningkatkan profesionalisme guru, pelbagai usaha telah dijalankan ke arah memperkasa kualiti profesionalisme guru [2]. Menurut Cheah dan Lim [3], mengajar adalah profesion yang unik kerana sebelum melibatkan diri dalam bidang perguruan, calon guru telah mempunyai imej lampau tentang cara mengajar berdasarkan pengalaman mereka sebagai pelajar. Oleh hal yang demikian pembangunan guru melibatkan tugas berterusan untuk melupakan kaedah lama dan mempelajari pengetahuan baru. Justeru, pendidik yang berkualiti bukan sahaja perlu memberi penekanan kepada kemajuan pelajar tetapi juga kepada kemajuan mereka sendiri. Tanpa pendidik-pendidik yang berkualiti dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa, kemungkinan besar kemajuan pelajar tidak akan dicapai dengan sepenuhnya.
Walau bagaimanapun, dapatan kajian-kajian lepas menunjukkan latihan dalam perkhidmatan kurang sesuai dan tidak relevan dengan keperluan guru kerana ia dilaksanakan dengan pendekatan satu dimensi iaitu atas-bawah dan peristiwa sekali sahaja seperti kursus dan bengkel [4]. Ini menjelaskan bahawa program yang sedia ada tidak memberi impak yang signifikan seperti yang dijangkakan dan tidak memenuhi keperluan.
Dapatan kajian lepas juga mencadangkan supaya pelaksanaan program pembangunan profesionalisme dalam kalangan guru perlu menitikberatkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh guru serta menekankan pembelajaran sepanjang hayat supaya guru-guru berpeluang untuk memajukan diri mereka seiring dengan perkembangan semasa. Kajian ini bertujuan mengkaji pengaruh Kerelevanan dan Kesesuaian terhadap Penerimaan Modul T3P (Teknologi, Pedagogi, Psikologi, Penilaian).
Objektif Kajian
Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk:
Literature Review
Pembangunan Profesionalisme Guru
Konsep pembangunan profesionalisme guru dikaitkan dengan pembangunan staf atau pembangunan profesionalisme dalam kalangan guru. Perkembangan profesionalisme ialah perkembangan profesionalisme sepanjang karier seseorang. Ia melibatkan kedua-dua aspek iaitu aspek deskriptif dan preskriptif [5]. Menurut Glover dan Law [6] dan Champion [7] pembangunan profesionalisme merupakan suatu produk yang memberi impak secara langsung dan tidak langsung serta dapat menentukan keberkesanan pembangunan profesionalisme guru. Produk dalam impak tidak langsung itu berbentuk peningkatan personel. Pada masa kini, pembangunan profesionalisme guru di sekolah dilakukan dengan mengadakan program latihan dalaman dengan tujuan untuk mengembangkan pengetahuan dan kemahiran baru dalam kalangan guru yang menekankan kesediaan, perancangan, latihan, perlaksanaan dan penilaian. Pembangunan guru dalam profesionnya mampu meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap mereka sebagai ahli akademik untuk mencapai kecemerlangan diri dan masyarakat.
Penambahbaikan Kualiti yang Berterusan
Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI) merupakan satu proses peningkatan kemajuan secara berterusan dan menyeluruh dengan mengambil kira semua faktor penyumbang [8]. Proses CQI merupakan satu keadaan yang perlu diwujudkan dalam setiap program akademik yang ditawarkan. CQI boleh dilaksana dan dibuktikan dengan memberikan satu laporan yang lengkap dengan data yang sah hasil daripada analisa pencapaian yang dilakukan. Pelaksanaan penambahbaikan kualiti yang berterusan juga menekankan penglibatan dan kerjasama semua pihak yang mempunyai kepentingan dalam memastikan agenda pendidikan tinggi dapat dilaksanakan dengan berkesan [9][10]. Menurut Zuraini, Umi Kalthum dan Norizah [11] yang menyatakan bahawa pelaksanaan kitaran penambahbaikan kualiti berterusan haruslah diberi perhatian yang sewajarnya memandangkan peranannya yang begitu penting bagi memastikan kualiti pelajar, tugasan akademik dan program pengajian.
Methods
Pendekatan kajian kuantitatif dalam kajian ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Dalam kajian ini, populasi kajian terdiri daripada guru-guru yang sedang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) harian di negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Kaedah persampelan yang digunakan dalam proses pemilihan ini adalah persampelan bertujuan. Seramai 60 orang guru dipilih sebagai peserta kajian. Data daripada responden dikumpul dengan menggunakan soal selidik. Dalam kajian rintis, beberapa aspek penyesuaian item telah dijalankan sehingga terhasil nilai Cronbach Alpha yang tinggi (0.90).
Variabel | Sumber | Bil. item |
Kerelevanan Modul | Hung dan Yang (2015) | 10 |
Kesesuaian Modul | University Teaching and Learning Centre (2015) | 9 |
Penerimaan Modul T3P | Lokman dan Kalsom (2011) | 9 |
Modul T3P Berasaskan Pembelajaran Sepanjang Hayat (Rajah 4) merangkumi empat fasa utama iaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian dan refleksi. Latihan dijalankan selama 160 jam atau 20 hari. Para guru perlu mengikuti empat modul asas yang dicadangkan iaitu Modul Pedagogi, Modul Psikologi, Modul Teknologi dan Modul Penilaian. Setiap modul mengambil masa selama 5 hari (40 jam) dan pelaksanaan modul melibatkan teori dan praktikal. Jumlah jam yang perlu diikuti oleh guru adalah 160 jam/20 hari. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS. Analisis data telah dilakukan secara deskriptif serta statistik inferensi.
Result and Discussion
Maklumat Demografi
Dapatan kajian menunjukkan bahawa daripada 60 orang responden, 30 orang guru adalah guru lelaki (50%) dan 30 orang guru lagi adalah guru perempuan (50%). Selain itu, bilangan guru berdasarkan pengalaman mengajar guru di sekolah menunjukkan bahawa guru yang telah mengajar lebih dari 12 tahun merupakan responden yang paling ramai terlibat dalam kajian ini iaitu 53.33% (32 orang). Manakala kumpulan guru yang berpengalaman 4 hingga 7 tahun merupakan kumpulan yang mendapat peratusan yang paling rendah iaitu 13.33% atau 8 orang.
Pengaruh Kerelevanan dan Kesesuaian Modul terhadap Penerimaan Modul T3P
Variabel BersandarPenerimaan Modul T3P | |||||
Beta Tak Terpiawai | Std. Error | Beta Terpiawai | Nilai t | Sig | |
Variabel BebasKerelevananKesesuaian | 0.2560.596 | 0.1040.103 | 0.270.634 | 2.4515.768 | 0.170.00 |
Nilai FR2R2 Terlaras | 84.4890.7480.739 | 0.00 |
Keputusan analisis regresi berganda (Jadual 2) menunjukkan bahawa wujud hubungan yang signifikan antara variabel bersandar dengan variabel bebas R2 = 0.748, R2 Terlaras = 0.739, F = 84.489, ρ= 0.00. Dapatan menunjukkan variabel Kesesuaian (β =0.634, t= 5.768, ρ= 0.00) mempunyai koefisien piawai yang tertinggi. Keputusan koefisian piawai 0.634 menjelaskan bahawa satu unit pertambahan kepada Kesesuaian memberi pertambahan sebanyak 0.634 nisbah kebarangkalian terhadap Penerimaan Modul T3P. Ini menunjukkan bahawa variabel Kesesuaian mempunyai pengaruh yang paling kuat untuk mempengaruhi Penerimaan Modul T3P. Manakala Kerelevanan (β=0.27, t= 2.451, ρ= 0.17) mempunyai pengaruh yang kurang terhadap Penerimaan Modul T3P. Keputusan koefisien piawai 0.27 menjelaskan bahawa satu unit kepada Kerelevanan memberi penambahan sebanyak 0.27 kebarangkalian tahap Penerimaan Modul T3P.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan Kerelevanan dan Kesesuaian Modul terhadap Penerimaan Modul T3P. Hal ini kerana guru merasa modul tersebut relevan dan sesuai bagi memenuhi keperluan dalam meningkatkan kualiti profesionalisme mereka. Hal ini disokong oleh Omar [12] yang menyatakan dengan adanya Latihan Dalam Perkhidmatan dianggap sebagai alat yang paling berkesan dalam memberi latihan dan latihan semula kepada guru-guru yang meliputi pengetahuan dan kemahiran baru kepada guru dalam meneruskan kerjaya bagi mengharungi cabaran dunia pendidikan. Kerelevanan dan Kesesuaian Modul ini mampu mengubah tingkah laku dan menjadi alat kepada perubahan tingkah laku melalui proses pembelajaran.
Kegagalan pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan ini hanya membebankan pihak-pihak yang terlibat serta membazir sumber-sumber pelaksanaan terutamanya sumber tenaga dan kewangan. Apatah lagi yang ia dapat membawa sumbangan dan impak positif kepada organisasi. dan guru-guru itu sendiri. Menurut Bradley et.al. [13], program latihan pembangunan profesionalisme harus memainkan tiga fungsi utama pada organisasi, iaitu: stabilisasi, peningkatan dan inovasi. Latihan dan pembangunan profesionalisme perguruan amat penting dalam mempertingkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran serta prestasi kerja guru dan sesuatu program latihan yang dirancang dan dilaksanakan wajar mempunyai unsur-unsur yang dinyatakan. Maka dengan sebab itu kualiti latihan dan pembangunan untuk kerjaya seseorang guru perlu juga sentiasa dipertingkatkan selari dengan hasrat untuk menjamin kualiti profesionalisme guru berlaku sepanjang hayat.
Implikasi Kajian
Terdapat beberapa implikasi daripada kajian ini terhadap bidang pengetahuan dan amalan. Dapatan kajian ini telah membantu untuk mendapatkan persepsi guru terhadap keberkesanan Modul T3P , dan kerelevanan dan kesesuaian setiap modul supaya memenuhi keperluan pembangunan profesionalisme guru. Dengan itu, guru dapat lebih peka dan prihatin dalam mempersiapkan diri dari aspek emosi, mental, fizikal dan psikologi dalam menghadapi cabaran di masa hadapan. Guru-guru perlu mempunyai inisiatif untuk melibatkan diri dalam aktiviti Pembangunan Profesionalisme Guru. Guru hendaklah sentiasa bersedia untuk berubah dalam usaha untuk menjadi seorang guru yang profesionalisme dan cemerlang.
Kajian ini juga secara tidak langsung dapat membantu guru dalam mempertingkatkan lagi profesionalisme sebagai seorang guru. Hal ini kerana melalui pembangunan modul ini guru dapat mengukuhkan strategi dari segi perlaksanaan, pemantauan dan menilai cara-cara untuk meningkatkan profesionalisme guru. Selain itu, melalui modul ini guru berpeluang untuk menyuarakan pendapat bagi membantu membanteras masalah-masalah profesion perguruan. Hal ini kerana, kajian ini memberi tindak balas Kerelevanan dan Kesesuaian Modul yang dihasilkan berdasarkan kualiti Kaizen sebagai asas.
Conclusion
Secara kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa variabel Kerelevanan dan Kesesuaian mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap Penerimaan Modul T3P. Dengan itu, dapat rumuskan bahawa Modul T3P yang Berasaskan Pembelajaran Sepanjang Hayat perlu diperbanyakkan untuk meningkatkan potensi dan kompetensi diri para guru dan memantapkan kualiti pendidikan negara. Justeru, Modul T3P perlu sesuai dan relevan dengan keperluan pembangunan diri dan sahsiah guru.
Di samping itu, Pihak Kementerian perlu peka agar dasar-dasar pendidikan yang dilaksanakan pada masa hadapan selari dan diperbaiki serta mampu meningkatkan mutu perkhidmatan terutamanya para guru. Dapatan dan maklumat yang dikumpulkan daripada kajian ini adalah penting sebagai bahan rujukan kepada sekolah agar menyiapkan perkara-perkara penting dalam menghadapi perubahan sistem pendidikan agar mutu perkhidmatan meningkat.
Acknowledgement
Merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi atas pembiayaan geran FRGS serta pihak Universiti Utara Malaysia dan Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden kerana memberi sokongan dan kerjasama dalam menjalankan penyelidikan ini.
References
- Saedah, S., & Mohammed Sani, I. (2012). Standard Kompetensi Guru Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2012.
- Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010).Standard Kualiti Pendidikan Malaysia: Putrajaya.
- Cheah, U. H., & Lim, C. S. (2010). Disseminating and Popularising Lesson Study in Malaysia and Southeast Asia. APEID Hiroshima Seminar: Current Status and Issues on Lesson Study in Asia and the Pacific Region.
- Lokman, M.T., & Kalsom, S., (2011). Implikasi Latihan Dalaman Kepada Guru-Guru Sekolah Rendah. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Diakses pada 5 Mac 2014 dari http://eprints.utm.my/11910/1/Implikasi_Latihan_Dalaman _Kepada_Guru.pdf
- Kelchtermans, G. (1993). Teachers and their career story: ‘a biographical perspective in professional development’ in Christopher, D. Research On Teacher Thinking : Understanding Professional Development, London: The Falmer Press (198-217).
- Glover, D., & Law, S. (1996). Managing professional development in education. London: Kogan Page.
- Champion, R. (2003). Taking measure: The real measure of professional development program’s effectiveness lies in what participants learned. Journal of Staff Development, 24(1), 1–5.
- Jabatan Pengajian Politeknik. (2015). Garis panduan pemantauan pengajaran dan pembelajaran politeknik. Kementerian Pendidikan Malaysia: Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital.
- Norshah, H. S., Adzly, A., Ramesh, S. & Mohd Zamri, Y. (2009). Implementing continual quality improvement (CQI) process in an outcome-based education (OBE) approach. Prosiding dalam The 2nd International Conference of Teaching and Learning (ICTL 2009). INTI University College, Malaysia
- Norbahiah, M., Siti Salasiah, M., Hafizah, H. & Wan Mimi Diyana, W. Z. (2011). Continual quality improvement process for undergraduateprograms. Procedia Social and Behavioral Sciences, 18, 565–574.
- Zuraini, D., Umi Kalthum, N., & Norizah, M. (2012). Continuous quality improvement (CQI) implementation in electrical & electronic engineering final year projects. 4th International Congress on Engineering Education, Georgetown, 1-5.
- Omar,A. K. (2010). Perkembangan Profesional Guru Secara Berterusan : Perspektif Pembangunan Sumber Manusia. Diakses pada 2 Februari 2017 dari http://www.researchgate.net/publication/237225630
- Bradley, H. (1991). Staff Development. London: Falmer Press.